082: Lunch free aku harini hahaha

Posted by Unknown on 11/7/11

Tadi, macam biasa aku pegi cafe. Orang rehat kul satu, aku rehat kul dua. Time rehat aku bantai tido. Apa nak kisah boss cuti raya haji lagi. Seperti biasa jugak, hanya ada 1 kedai makan yang bukak kat situ. Kitorang panggil 'kedai makcik lintah'. Bayangkan, untuk breakfast nasik lemak biasa yang boleh dapat RM1.20 kat luar, dia bantai RM2.50. Lunch? Sendiri pikir la dia punya mahal. Telur dadar sama sayur sikit ko boleh dapat RM5.00. Paling murah la tu.

Masa aku gi kedai makcik tu tadi, lauk pauk masih banyak. Nasik dekat satu tong lagi. Takpe aku paham, ramai lagi manusia yang cuti raya haji ni.. "Banyak lagi lauk ye cik.." sapa aku sopan. "Haah dik, ramai orang cuti..Nak nasik macam biasa ke?" tanya makcik. "Macam biasa cik, telur dadar ngan sayur..Dah itu murah.." kias aku..

"Gini la dik, memandangkan harini banyak lauk tak habis, acik nak bagi nasik free, tapi dengan satu syarat." Hish, apa mimpi orang tua ni nak bagi nasik free siap bersyarat bagai. "Ok, apa syaratnya?" tanya aku. "Jawab satu teka-teki.." balas makcik. Teka-teki la pulak.. Layan jela, untung-untung dapat nasik free. "Ok, apa teka-teki tu?" tanya aku.

Sempena raya haji ni, acik tanya pasal lembu la ye.. "Lembu apa yang tak boleh dimakan walaupun telah disembelih mengikut hukum yang betul?" Ok ni soalan tak bagi nasik free kat aku. "Ada pembayang tak?" tanya aku. "Takde.." jawab makcik pantas. Dan dengan pantas jugak aku search Google kat I-Pad ( opis punye ). Hah, jumpa!!

"Haa ni dia makcik..betul ke tak dengan jawapan makcik saya tak kira, sebab ni pun betul jugak.." aku tunjuk I-Pad kat makcik. "Err..iye jugak ye..ni pun takleh makan gak ni..Adik amik la lauk apa adik nak..Acik belanja.." dan aku seperti biasa, tetap ambik telur dadar ngan sayur..serta tambahan seketul ayam.. Kalo nak kira RM7.50 ( tak masuk air lagi tu ). Dan aku ucapkan terima kasih kepada makcik kerana belanja aku harini..

Ni haa jawapan aku kat makcik tu tadi.. Serius jawapan ni betul!


{ 10 comments }

GojesYoja said...

haha..siap nk maen teka-teki dlu..untung la dpt mkn free

Unknown said...

Tu la..mesti makcik tu dah boring tunggu customer tak datang2..

Anonymous said...

mahal giler makcik lintah tu jual!..

aReLaN said...

makcik tu layan katun ke apa??hahah..ok la dpt mkn free.rezeki raya

ankeljonni said...

nasib baik dia tak suruh buat teka silangkata...huhuhu

LaLa mhdnor said...

kamu di tag =D

http://fazieyla.blogspot.com/2011/11/contest-hadiah-best-by-jalal.html

mila said...

hahaha tak terkate makcik tu

Nini D.. said...

hahahaha..kelako!

Unknown said...

hehe...kelakornyerr

oshin said...

hahaha lawak betol makcik tu..ada je idea die...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...