081: Sabarlah wahai lembu

Posted by Unknown on 11/5/11

Tadi, lepas makan, gi kedai beli rokok. Ronda jap kat surau. Dah agak ada lembu kat situ. Aku pandang lembu, lembu pandang aku. Muka lembu sedih. Muka aku toya..

"Lu makan rumput tu ye..makan kenyang-kenyang..Sok nak kene sunat.." kata aku kepada lembu. Lembu mengangkat kaki depan ke arah aku, mungkin sedang menunjukkan jari tengah atau sedang berkata, "Aku lempang mamat ni karang sesia je.."

Lembu terus meletakkan kaki beliau apabila aku menunjukkan fork-lock motor kepada beliau. Heh, tau pun takut. Aku menghampiri lembu. Lembu perlahan reverse. "Jangan risau, gua bukan perogol bersiri, gua nak tolong lu je.." aku berkata jujur kepada lembu.

*****

Lembu mengangguk seperti berterima kasih apabila idea aku mungkin dapat menyelamatkan beliau dari disembelih sempena Hari Raya Korban esok. Tapi bila aku fikir balik, kalo betul aku wat camni kang silap-silap aku yang kena sembelih. Aku patah balik kepada lembu, menanggalkan topeng Optimus Prime dari muka beliau. "Dari gua kene semelih, baik lu je.." kata-kata aku terhenti apabila lembu mengangkat kaki depan beliau kembali.. Ah lantaklah.. Selamat Hari Raya Korban, encik lembu..

Takkan orang surau tak cam lembu pakai topeng ye tak..

{ 6 comments }

GojesYoja said...

selamat hari raye! :D

Anonymous said...

hohoho, selamat hari raya haji, jangan risau lembu tu jadi tunggangan kita di akhirat kelak..

Nasz said...

hehehe. selamat hari raya Aidil Adha.

Rohaizam Rosli said...

hahaha.... msti dia berdoa lepas dia kna korban dia nak jadik optimus prime... hahaha

Keysha ツ said...

haha . funny . xtrlewat lg nk say salam aidiladhaa :)

Ca Ezah said...

erk..lembu pakai topeng? hehee....nape xpakai kn kostum digi kuning tu skali..kan nemok..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...