059: Marco Simoncelli mati nahas Moto GP di Sepang

Posted by Hakimi Zakaria on 10/23/11

Farewell Marco :(


Marco Simoncelli, pelumba Gresini Honda, 24 tahun dari Itali terbunuh dalam kemalangan ngeri dalam perlumbaan Moto GP di Litar Antarabangsa Sepang, sebentar tadi. Beliau yang tiba-tiba hilang kawalan pada pusingan kedua ( second lap ) dilanggar oleh Colin Edward dan Valentino Rossi.

Topi keledar yang dipakai beliau tertanggal dan beliau segera dibawa kepada paramedik untuk rawatan namun kecederaan di kepala beliau sangat serius.

Mesej daripada laman rasmi Moto GP dipetik sebagai berkata, "Marco Simoncelli succumbed to injuries sustained in Malaysia." Perlawanan terpaksa dihentikan serta-merta akibat insiden tersebut.

Rakaman kemalangan tersebut boleh disaksikan di Youtube :

{ 2 comments }

MaYa MustWany said...

cian nya.. (tapi hanya kenal rossi je)

KiMiE said...

Tu la..jadi kat Sepang lak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...