020: Baju Kahwin Memey Akan Dipamer Di Muzium?

Posted by Unknown on 10/2/11

klik gambar untuk tumbesaran

Gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim cantik tetapi agak menarik perhatian juga apabila terbaca artikel yang ia akan dipamerkan di Muzium Negara selepas selesai majlis resepsi......
Apakah signifikan barangan tersebut untuk dipamerkan di muzium? Apa jasa dan pengorbanan mereka kepada negara? Sebab lakonan mereka di kaca televisyen? Atau, err..jasa Memey yang meruntuhkan rumahtangga orang? Atau kes khalwat mereka yang menjadi perhatian segenap lapisan masyarakat di Malaysia?
Apakah ia setaraf dengan Piala AFF Suzuki yang pertama kali dimenangi Malaysia pada 2010? Itu baru mempunyai nilai dan makna kepada rakyat Malaysia.
Apa-apapun aku mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru..
notakaki:- Entri bengang ini dizahirkan sebelum tidur kerana esok hari Isnin, malas nak bangun gi keje sebenarnya hukhuk!!

{ 0 comments }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...