Sesampainya aku kat opis pagi tadi, dah tercongok 4 bijik laptop atas meja. Ok ini aku tau sapa punya keje. "Weh lu takde keje lain ke selain menyusahkan gua?" butang send di handphone aku tekan. "Hehe!! Sori la bai, gua pun bizi gak, lagi bizi dari Presiden Panama..tolong ek..kang kita gi Jumaat sesama.."pujuk kawan aku.
"Hamlau.. ni kang sah-sah nak sebelum tengahari.."getus aku. Berbekalkan motto Biar tak hensem janji keje siap, tanpa banyak bunyi aku terus buat apa yang patut..
Selesai dah satu bab, memasang tingkap (install Windows selepas terjemahan Google) .. Pasni memasang pemacu ( install driver, terima kasih Google!) apa bala sumer.. Dah siap buat domain kat user-user yang berkelulusan Phd dalam bidang IT tapi nak format pendrive pun mintak tolong aku, aku sms kawan aku.. " Abg Presiden, laptop dah siap,meh amik!!"
"Abg hensemmm, tolong hantar jap leh, gua takdan nak turun, bizi sungguh ,nak kena wat surat bla bla bla bagai lagi ni.."hujah kawan aku dengan ayat mintak lutut aku kat dahi beliau.
"Ok,apa ada hal.." balas aku, jujur.
Tekad aku di pagi Jumaat yang mulia ini, aku nak lempang pipi kawan aku dengan 4 bijik laptop ni.. Kanan 2 bijik kiri 2 bijik..
"Pas Jumaat kang lu tak payung gua ikan bakar, sebulan gua tak tolong lu.." sms berbaur ugutan aku hantar sebelum bergerak menuju ke meja beliau..
Apa ada hal..
Alhamdulillah, dah setel satu bab..
p/s:- Harini nak pegi semayang Jumaat kat masjid besi ^__^
{ 1 comments }
Rajin suami sy. Cekap baut kerja. On time! Xsia2 sayang kat en suami.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dirahmati Allah.
=)
Post a Comment