055: Takyah berlagak lenkali...

Posted by Unknown on 10/20/11

"Bro, kat bahagian gua ada pegawai baru masuk pastu dia nak format PC yang Windows dia ibarat hidup segan nak mati kat Bagan lam bilik tu.. Lu free ke freedom?" tanya seorang rakan ketika kami sama-sama membakar paru-paru di pintu belakang. "Freedom tu tak gak la..tapi setakat nak format gua takde hal.."nada suara aku jelas menunjukkan bahawa aku adalah salah seorang pekerja berdedikasi.

Selesai upacara membuang abu mayat rokok, aku bergegas ke aras 4 untuk mengambil PC dari pegawai tersebut..

"Tok tok tok!!" aku mengetuk pintu. "Masuk!" kedengaran suara dari dalam, tegas dan padu. Kelihatan seorang pegawai berusia lingkungan 40-an, segak berkot hitam, rambut disisir rapi dan berkaca mata sedang sibuk memetik-metik papan kekunci di atas meja sambil sesekali memandang ke arah monitor. "Sekejap ye dik, saya tengah hantar e-mail kat Dato' ni." ujar beliau dengan nada serius.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ok sudah..adik nak datang ambil surat bla..bla..bla tu kan? Pastu cop saya ni rosak la.. Nanti tolong buat baru ye?" Kali ini nada suara beliau lebih santai, seperti baru melepaskan bebanan yang maha berat dan padat..

"Err gini cik.. tadi pegawai cik bagitau cik nak format PC ni kan.. Saya budak teknikal, datang nak amik PC ni.." ujar aku dengan menguntum sebuah seyuman penuh makna. "Adik bukan budak pejabat ke?" mungkin dengan baju sejuk yang aku pakai beliau menyangkakan aku budak pejabat, dem!! "Bukan." balas aku, bersahaja.. "Ok adik ambik la PC ni, saya nak keluar sekejap." kata beliau.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hampeh!! Baru masuk harini dah malu!! Esok aku nak resign!!" sayup-sayup kedengaran suara pegawai tadi. "Bro, bakar paru-paru lagi jom!" butang send di telefon aku tekan, sambil berjalan menuju lif..

"Jika PC tidak dapat di-on, kebarangkalian untuk kita melihat gambar di monitor adalah sangat tipis."
"HAIP!!!"

{ 9 comments }

kUyacUmi said...

hahaha...ha ha hareem kejadah btol la...

ko kna bergaya sket la kimi..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

hai kimie.. dtg terjah blog kamu :)

happy blogging ya? :)

Nasz said...

hahaha..memang best. termalu la plak.

Unknown said...

aida: nak bergaya apa dengan aircond sejuk + hujan lebat kat luar..

YNA: thanks sis :)

NasZ: pegawai atasan bro..haha!!

3no gr33ny said...

atoooyaaiii...nasib baik xmelenting kan ..hihi

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

skrg nie pegawai atasan la yg byk berlagak ;(

Unknown said...

3no : kalo melenting aku naik tingkat 6 campak dia ngan pc dia sekali kat bawah haha!

YNA : Yup, even pegawai tu pangkat dia lebih sikit je dari kita..

sue perbs.. said...

format kan pc sy bleh en kimi? hehe

Unknown said...

boleh cik sue..bawak je meh sini ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...