KUALA LUMPUR: Dua peragut bermotosikal yang kebiasaannya mencari mangsa pada awal pagi sekitar ibu negara dicekup polis, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam melintas jalan di stesen minyak di Jalan Sultan Ismail sebelum dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z meragut begnya.......
“Mangsa cuba melawan dengan tidak melepaskan beg tangannya, menyebabkan dia diheret lebih 50 meter hingga cedera di siku, bahu dan lutut kanan.
“Bagaimanapun, kejadian itu disedari anggota Unit Kuatkuasa Khas, Trafik Kuala Lumpur yang melakukan Ops Cegah Lumba Haram di kawasan berhampiran diketuai Asisten Superintendan Azmi Wahid dan mengejar suspek,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, suspek dikejar lima kilometer hingga ke Jalan Kuching sebelum ditahan.
{ 2 comments }
komen aku....sila follow blog aku...
isk..bahaya betul la skrg ni.
MOHD NASER.com
Post a Comment