070: Burger oh burger

Posted by Hakimi Zakaria on 10/28/11

Tetiba perut aku meragam mintak burger daging special pulak tengah-tengah malam ni.. "Hampehla, kan gua tengah main Fifa nih?"pekik aku kepada perut. "Gua mengidam la bos, tolongla.. pause jap game lu tu, karang sambung la.."arah perut aku. Hampeh punya perut. Nak tampar kang sakit lak, perut sendiri (. .')

*****
"Yela! Bak duit gua gi belikan.."kata aku kepada perut, acuh tak acuh, seperti tak rela untuk keluar beli burger. "Huh! Ngan perut sendiri pun nak berkira..nah..extra mayo tau!" jawab perut aku sambil hulur not bewarna hijau. "Bagila sepuluh, boleh gua beli rokok sekali hehehe!!" PANG!! Perut aku menampar usus kecik.. "Adoi! Sakitla mangkuk..Bergurau sikit pun takleh..Kang marah merajuk bla bla bla.." bebel aku sambil capai kunci moto.

*****
Perjalanan yang tak sampai setengah minit bertukar hampa apabila kedai faveret aku dan perut, tutup. "Takpe depan 7-E mesti bukak.." bisik aku kepada moto.. "Apa-apa jela, janji lu cepat..gua nak balik sambung tido.." kata moto, garang. Cis!! Sampai depan 7-E, sekali lagi aku hampa apabila kedai tu pun tutup. Eh jadah pakatan apa pulak. Persatuan pengusaha burger ada wat mogok ke? Tak masuk berita lak. "Last choice, depan Syed Bistro, jom!" teriak aku kepada moto. "Orait!" kata moto dan selaju Zorro menunggang kudanya, aku dah terpacak kat depan kedai burger yang ketiga..

*****
Hamlau, tutup jugak.. Dan aku pulang dengan tangan kosong.. Moto asyik ketawa sepanjang perjalanan balik.. Dem! Apa aku nak jawab kat perut japgi ni.. Ada cadangan?


Takkan cuti Deepavali kot.. (. .')

{ 7 comments }

Cik Yana said...

haha..lawak la perut :D

Aiisyah Gazali said...

bestla cerita ni.. :D

Ezad Skytech said...

kesian perut tu...kempunan nak makan burger..heee~

Shurazirah Sukhur said...

haha nice one bro :)

Cik Cura said...

haha. ni lawak perut namanya. adeh
thanks follow. done followed=)

syahirah said...

kuasam pnye prut..
xmenyabo..hoho

kimie: igt nme gegurl..sklik, erkk laki rupenye..hihi *peace*

pha is said...

apa nk buat, dah nasib badan.. hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...