053: Kenapa wanita Islam menutup aurat?

Posted by Hakimi Zakaria on 10/19/11

Seorang lelaki bukan Muslim bertanya kepada seorang lelaki Muslim.

"Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?" tanya lelaki bukan Muslim.

Lelaki Muslim tersenyum sambil mengeluarkan dua biji gula-gula dari dalam koceknya, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusan. Kemudian dia melemparkan kedua-dua gula-gula itu
ke atas lantai.

"Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?" soal lelaki Muslim tersebut.

"Sudah tentu yang berada di dalam bungkusan." balas lelaki bukan Muslim.

Dan lelaki Muslim berkata, "Ya, itulah contoh bagaimana kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa."

* kepada wanita Islam, tutuplah aurat dan anda akan dipandang tinggi dan mulia :)

{ 0 comments }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...