JITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.
Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong.
Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu...
"Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut.
"Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.
Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya.
"Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari.
Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap. ( sumber: Kosmo! )

notakaki:- Samseng pulak polis kat kampung aku tu..~
{ 2 comments }
kehkehkeh..ter top lak
hehehe..Kodiang tu!!
Post a Comment