090: Kisah aku dan motor

Posted by Hakimi Zakaria on 11/16/11

Cuaca sangat baik pagi ni. Jadi aku bertolak ke opis seawal jam 7.30 pagi. Beli nasik lemak dulu sebungkus. Pastu teruskan perjalanan. Bawak motor dengan rilek sambil menyanyikan lagu mengikut irama Gendang Cina yang dikeluarkan oleh sprocket motor aku.

"Yang lu pepagi buta nak bunyi Gendang Cina pehal?" tanya aku kepada motor. "Boss, yang lu malas nak servis gua pehal lak? Ni nasib Gendang Cina, kalo gua bunyi lagu Cina mati camne, nak?" balas motor aku marah. " Lu ni garang sangat la.. Gua nak request lagu Search je kat lu, takleh?" "Takleh!" jawab motor membalas soalan aku sambil memecut dengan kelajuan cahaya. Marah sangat la tu..

"Ehh beb! Slow, slow! Rilek la jangan marah-marah.. Jom lepak tepi jalan jap.." kata aku, memujuk motor yang merajuk teruk sebab aku tak bawak gi servis. "Lu tengok tu, cantik kan?" kata aku setelah motor berhenti kat tepi jalan, ditemani daun kering dan 3 ekor katak yang riang melompat. "Emm, cantik.." balas motor, ringkas.

Aku mengusap kepala motor. "Dah, jom gua belanja lu minyak hijau.. Mahal punyer!!" "Lu biar betul boss, selalu nak isi minyak kuning pun muka dah macam mintak penyepak gua je..Apa mimpi?" "Saja, sebab gua rasa bulan depan baru gua nak servis lu, kehkehkeh!"

"Barua!" nada suara motor kembali bertukar, menjadi nada dendam kesumat.


Sewaktu di tepi jalan.. Indah kan ciptaan-Nya?

{ 6 comments }

Mommy Aisy said...

Huhu... Imaginasi tuan motor ini sgt la tinggi... sembang panjang dgn motor ek?

Subhanaallah! Cantik picture. Mesti masa kat Carrefour tu.

KiMiE said...

Tak..ni dah nak sampai opis pagi tadi..

Oh Oeya said...

Suka natural pic camni ;-)

Cik Cura said...

seni sangatlah tu.. ?hehe

Ct Mawa said...

kirim salam kt motor 2..teringin nak tgk muka dye merajuk..HAHA

wow..subhanallah

kUyacUmi said...

huhu..klako la hang abg kwsan Cyber...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...