037: Mengapa Tidak Aku?

Posted by Unknown on 10/8/11

Entri dicilok sebab Harimau kena baham dengan Kangaru. ( Australia 5-0 Malaysia )

Agak berangan jika anda mahupun aku membayangkan Lionel Messi akan berjabat tangan dengan Aidil Zaquan mahupun Safee Sali dalam satu perlawanan persahabatan yang benar-benar mahu disertai oleh mereka dengan bersungguh-sungguh..... Melainkan perlawanan yang mendapat tajaan syarikat besar dan pulangan besar yang diterima oleh Lionel Messi mungkin laa dia akan berjabat mahupun bertukar jersey dengan pemain 'Negaraku' setelah tamat perlawanan...

Kita sememangnya bertuah kerana sebagai rakyat Malaysia selalu disajikan dengan team terhebat dunia untuk mengadakan friendly match dengan pasukan negara kita. Aku rasa pasukan yang pernah layak ke World Cup seperti Senegal,Ivory Coast,Korea Utara pun tak mampu mengadakan friendly match yang gah dengan Manchester United,Chelsea mahupun Brazil.....

Tapi pernahkah kita sedar bahawa pada tahun 1982, Diego Maradona ketika tu mewakili kelab Boca Juniors datang ke negara kita untuk satu perlawanan dengan Selangor yang ketika itu diketuai oleh Supermokh a.k.a Mokhtar Dahari. Bayangkanlah tahap atau level Sang Harimau pada masa,saat,minit dan era itu. Aku rasa semua orang di era ini semacam tak percaya kejadian ini..

Selang 4 tahun selepas perlawanan ini Argentina telah memenangi World Cup yang diketuai sendiri oleh Diego Maradona. Betapa tingginya maruah sang harimau ketika itu. Bayangkanlah jika pemain bertaraf dunia datang kesini untuk bermain sudahlah tentu jepun dan korea ketika itu 'lauk' utama sang harimau......

Tapi kini.....mungkin Sang Harimau sedang bertapa atau telah malu akibat luka ciptaan sendiri.....

Ketahuilah.... aku begitu iri dan dengki pada Pak Andak, Pak Ngah, Tok, Opah dan Abah yang merasai zaman gemilangnya Sang Harimau...... mengapa tidak aku?

Kredit to Abdul Sokernet.

{ 0 comments }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...